Pengharapan Agung

1/15

Pengharapan Agung

Kata Pengahtar

Hanya dua perkara yang pasti dalam dunia ini: penderitaan dan kematian. Oleh itu, tanpa disedari, kita sebenarnya inginkan kehidupan yang lebih bahagia. Kita inginkan kehidupan yang bukan sekadar penerimaan penghargaan atau pengiktiratan. Kita inginkan kehidupan bukaxn sekadar demi menikmati apa yang kita ada atau sekadar memperolehi apa yang kita mahukan. PA .0

Dengan itu, setiap pagi, kita bangun mengharapkan hari ini akan menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya, kita mengharapkan agar kehidupan kita lebih bermakna apabila kita menyertai atau melakukan sesuatu yang sepatutnya memberi makna, namun tiada perubahan berlaku. Adakah perkara yang berlaku dalam kehidupan kita bermakna? Bolehkan ia menolong kita mencapai keinginan untuk kehidupan yang bahagia atau adakah keinginan untuk kehidupan bahagia kekal sebagai impian semata-mata? PA .0

Buku “Pengharapan Agung” dituliskan oleh seorang wanita, yang telah tercedera pada umur 9 tahun dan tiada harapan untuk kehidupan bahagia. Kecederaan itu menghalangnya daripada menikmati kehidupan biasa dan menikmati proses pembelajaran yang normal. Namun, buku ini sendiri adalah bukti bahawa dia telah berjaya melalui cabaran kehidupannya. Malah selain dari buku ini, dia telah menulis banyak buku lain. Kita kini hidup dalam dunia yang porak-peranda tetapi seperti dia, harapan untuk kehidupan yang bermakna masih boleh kita kecapi. Di sebalik setiap ketidakadilan yang berlaku, di sebalik setiap peristiwa, masih wujud harapan pada masa dimana dunia ini tidak lagi mempunyai harapan. PA .0

Seandainya harapan sebegini memang wujud, adakah ia untuk anda? Mampukah “Pengharapan Agung” ini menepati keperluan seharian anda? Adakah “Pengharapan Agung” ini bermakna pada masa dimana seluruh dunia kini mementingkan rasional? PA .0

Buku kecil ingin menawarkan kepada anda peluang untuk menentukan sendiri kewujudan “Pengharapan Agung.” la mengundang anda untuk mencabar pemikiran dan kebiasaan anda. PA .0

Bacalah dan alamilah sendiri kesahihan “Pengharapan Agung”! PA .0