Kontroversi Besar

1/43

Kontroversi Besar

Biografi Ringkas

Ellen Gould White, 1827 — 1915

Ellen adalah seorang yang telah mengabdikan diri sebagai murid Yesus Kristus, mulanya adalah seorang penganut fahaman Methodis sehingga berumur 17 tahun. Dia telah digugurkan dari keahlian gereja kerana mengatakan dan mempercayai kedatangan segera Kristus pada tahun 1843. Tuhan telah memberikan kepadanya penglihatan dan satu perutusan untuk dibawa kepada dunia, hanya setelah dua orang lain telah menolak bebanan itu daripada Tuhan. Dia telah menulis banyak rencana dan buku-buku yang memberi teguran dan gesaan. Setelah menerima terang tentang mesej kesihatan, dia menjadi penyokong kuat kepada kesihatan, menyeru mengambil makanan yang sama dengan makanan asli di Taman Eden, menahan diri daripada mengambil bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan diri dan bersederhana dalam semua perkara. KB 3.1

Puan White tidak pernah menggelar dirinya sebagai seorang ‘nabi’ walaupun dia tidak mempunyai masalah dengan orang-orang yang menggelarnya dengan gelaran itu. Tetapi apabila ditanya tentang hal itu, dia menganggap dirinya sebagai seorang ‘utusan’. Dalam jawapannya itu, dia telah menunjukkan bahawa pekerjaannya dalam reformasi kesihatan, menyeru bertaubat daripada dosa dan menyokong satu pergerakan bagi “memulihkan rekahan”, melibatkan lebih daripada apa yang biasanya dilakukan oleh seorang nabi — menyatakan tentang peristiwa-peristiwa masa hadapan menurut pandangan Tuhan. Dia telah menerbitkan beberapa buku-buku klasik renungan rohani dengan “Langkah kepada Yesus” sebagai bukunya yang paling popular. Tetapi dia menganggap buku ini, “Kontroversi Besar Antara Kristus dan Malaikat-malaikatNya Dengan Syaitan dan Iblis-iblisnya” sebagai bukunya yang paling penting. KB 3.2